SELAMAT MELAYARI BLOG AMBE
Wednesday, 21 March 2012
Sunday, 18 March 2012
Contoh Rancangan Pengajaran Tahun 1
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 1 (RPH 1)
Tarikh | : | 19.04.2011 | |
Masa | : | 9.15 – 10.15 pagi | |
Kelas | : | 1 Ibnu Sina | |
Bilangan Murid | : | 25 orang | |
Mata Pelajaran | : | Bahasa Malaysia | |
Tajuk Pengajaran | : | Rumah Saya Bersih | |
Pengetahuan Sedia ada | : | Murid mengetahui cara-cara menjaga kebersihan rumah. | |
Konsep | : | Isi rumah bertanggungjawab menjaga kebersihan. | |
Fokus Utama | - SK | : | 2.2 Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul. |
- SP | : | 2.2.1 Membaca dan memahami perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan bergabung dengan sebutan yang betul. | |
Fokus Sampingan | - SK | : | 3.2 Menulis secara mekanis berdasarkan bahan yang diberi dengan betul dan kemas. |
- SP | : | 3.2.4 Menulis perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata diftong, vocal berganding, digraph dan konsonan bergabung dengan betul dan tulisan yang kemas. | |
Objektif Pengajaran | : | Pada akhir pengajaran, murid dapat: i. Membaca perkataan mengandungi dua atau tiga suku kata dengan sebutan yang betul. ii. Membaca dan menyatakan erti perkataan dengan betul. iii. Menulis perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata dengan betul dan tulisan yang kemas. | |
Isi Pelajaran | : | 1. Menyatakan cara-cara menjaga kebersihan rumah. 2. Membaca suku kata terbuka dan tertutup. 3. Menyatakan erti perkataan 4. Menulis perkataan dengan tulisan yang betul dan kemas. | |
Nilai Murni | : | Tolong-menolong, bertanggungjawab, bekerjasama, kerajinan, | |
Pengisian Kurikulum | : | i. Ilmu : Kesihatan ii. KBT : Belajar cara belajar-bacaan intensif, kemahiran menulis | |
Sistem Bahasa | : | Tatabahasa - Sinonim, kata kerja. | |
Media | : | Petikan | |
Bahan Rujukan | : | Huraian Sukatan Pelajaran, Panduan Guru KSSR Tahun Satu dan Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun Satu |
Langkah/Masa | Isi Pelajaran | Aktiviti Pengajaran Pembelajaran | Catatan | |
Aktiviti Guru | Aktiviti Murid | |||
Set Induksi (5 minit) | Bersoal jawab mengenai kebersihan rumah. | Guru meminta murid memberitahu keadaan rumah yang bersih dengan rumah yang kotor | Murid memberitahu perbezaan antara keadaan rumah yang bersih dengan rumah yang kotor. | |
Langkah 1 ( 15 minit ) | Suku kata terbuka dan tertutup | 1.Guru mengedarkan petikan kepada semua murid. | 1.Murid membaca petikan dan memberi penekanan kepada suku kata terbuka dan tertutup yang ada dalam petikan. | Lampiran 1 ( Petikan ) |
Langkah 2 ( 15 minit ) | Cara-cara membantu ibu bapa di rumah. | 1.Guru meminta murid membaca isi-isi petikan yang ditulis secara individu 2.Guru meminta murid menyatakan cara-cara mereka membantu ibu bapa di rumah. | 1.Murid membaca isi-isi petikan yang ditulis oleh guru secara individu. 2.Murid memberitahu cara-cara mereka membantu ibu bapa di rumah. | Lampiran 1 Nilai: Bekerjasama Kebersihan Ilmu: Sains |
Langkah 3 ( 10 minit ) | Menyatakan erti perkataan | 1.Guru meminta murid membaca perkataan secara individu 2.Guru meminta murid menyuaikan maksud perkataan yang dibaca tadi. 3.Guru meminta murid membaca semula perkataan yang telah disuaikan. | 1.Murid membaca perkataan secara individu. 2.Murid menyuaikan maksud perkataan yang dibaca tadi. 3.Murid membaca semula perkataan yang telah disuaikan | Lampiran 1 Lembaran kerja 1 Sistem bahasa: Sinonim |
Langkah 4 ( 10 minit ) | Menulis perkataan dengan tulisan yang betul dan kemas. | 1.Guru meminta murid menulis perkataan yang sesuai pada gambar. 2.Guru meminta murid membaca semula perkataan yang telah ditulis di dalam kotak yang telah disediakan. | 1.Murid menulis perkataan yang sesuai pada gambar. 2.Murid membaca semula perkataan yang telah ditulis di dalam kotak yang telah disediakan. | Lembaran kerja 2 |
Penutup ( 5 minit ) | Pemulihan dan pengayaan | Pemulihan: Guru meminta murid membaca suku kata tertutup dengan lancar dan melengkapkan “Bunga Kata”. Pengayaan: Guru meminta murid membaca perkataan yang diberikan dan mewarnakan perkataan tersebut dalam teka silang kata. | Murid membaca suku kata tertutup dengan lancar dan melengkapkan “Bunga Kata”. Murid membaca perkataan yang diberi dan mewarnakan perkataan tersebut dalam teka silang kata. | Permainan bahasa: “Bunga Kata” “Teka silang kata” Lembaran kerja 4 Lembaran kerja 5 |
Refleksi : Seramai 22 daripada 25 orang murid telah dapat mengenal dan membaca perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata serta menyatakan erti perkataan yang terdapat di dalam petikan dan menyalin semula erti perkataan tersebut ke dalam buku latihan.
Subscribe to:
Comments (Atom)