SELAMAT MELAYARI BLOG AMBE

Sunday, 18 March 2012

Contoh Rancangan Pengajaran Tahun 1

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 1 (RPH 1)
Tarikh

:
19.04.2011
Masa

:
9.15 – 10.15 pagi
Kelas

:
1 Ibnu Sina
Bilangan Murid

:
25 orang
Mata Pelajaran

:
Bahasa Malaysia
Tajuk Pengajaran

:
Rumah Saya Bersih
Pengetahuan Sedia ada

:
Murid mengetahui cara-cara menjaga kebersihan rumah.
Konsep

:
Isi rumah bertanggungjawab menjaga kebersihan.
Fokus Utama
-  SK
:
2.2       Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul.

-  SP
:
2.2.1    Membaca dan memahami perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan bergabung dengan sebutan yang betul.
Fokus Sampingan
-  SK
:
3.2       Menulis secara mekanis berdasarkan bahan yang diberi dengan betul dan kemas.

-  SP
:
3.2.4    Menulis perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata diftong, vocal berganding, digraph dan konsonan bergabung dengan betul dan tulisan yang kemas.
Objektif Pengajaran

:
Pada akhir pengajaran, murid dapat:
i.        Membaca perkataan mengandungi dua atau tiga suku kata dengan sebutan yang betul.
ii.       Membaca dan menyatakan erti perkataan dengan betul.
iii.      Menulis perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata dengan betul dan tulisan yang kemas.
Isi Pelajaran

:
1.         Menyatakan cara-cara menjaga kebersihan rumah.
2.         Membaca suku kata terbuka dan tertutup.
3.         Menyatakan erti perkataan
4.         Menulis perkataan dengan tulisan yang betul dan kemas.
Nilai Murni

:
Tolong-menolong, bertanggungjawab, bekerjasama, kerajinan,
Pengisian Kurikulum

:
i.          Ilmu :  Kesihatan
ii.         KBT : Belajar cara belajar-bacaan intensif, kemahiran menulis

Sistem Bahasa

:
Tatabahasa - Sinonim, kata kerja.
Media

:
Petikan
Bahan Rujukan

:
Huraian Sukatan Pelajaran, Panduan Guru KSSR Tahun Satu dan Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun Satu

Langkah/Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid

Set Induksi


(5 minit)

Bersoal jawab mengenai

kebersihan rumah.
Guru meminta murid memberitahu keadaan

rumah yang bersih dengan rumah yang kotor

Murid memberitahu perbezaan antara

keadaan rumah yang bersih dengan rumah yang kotor.


Langkah 1
( 15 minit )

Suku kata terbuka dan tertutup

1.Guru mengedarkan petikan kepada semua murid.

1.Murid membaca petikan dan memberi penekanan kepada suku kata terbuka dan tertutup yang ada dalam petikan.


Lampiran 1
( Petikan )


Langkah 2
( 15 minit )

Cara-cara membantu ibu bapa di rumah.

1.Guru meminta murid membaca isi-isi petikan yang ditulis secara individu

2.Guru meminta murid menyatakan cara-cara mereka membantu ibu bapa di rumah.


1.Murid membaca isi-isi petikan yang ditulis oleh guru secara individu.

2.Murid memberitahu cara-cara mereka membantu ibu bapa di rumah.

Lampiran 1

Nilai:
Bekerjasama Kebersihan

Ilmu: Sains

Langkah 3
( 10 minit )

Menyatakan erti perkataan

1.Guru meminta murid membaca perkataan  secara individu
2.Guru meminta murid menyuaikan maksud perkataan yang dibaca tadi.

3.Guru meminta murid membaca semula perkataan yang telah disuaikan.


1.Murid membaca perkataan secara individu.
2.Murid menyuaikan maksud perkataan yang dibaca tadi.


3.Murid membaca
semula perkataan yang telah disuaikan


Lampiran 1
Lembaran kerja 1





Sistem bahasa: Sinonim

Langkah 4
( 10 minit )








Menulis perkataan dengan tulisan yang betul dan kemas.







1.Guru meminta murid menulis perkataan yang sesuai pada gambar.
2.Guru meminta murid membaca semula perkataan yang telah ditulis di dalam kotak yang telah disediakan.

1.Murid menulis perkataan yang sesuai pada gambar.

2.Murid membaca semula perkataan yang telah ditulis di dalam kotak yang telah disediakan.

Lembaran kerja 2

Penutup
( 5 minit )

Pemulihan dan pengayaan



Pemulihan:
Guru meminta murid membaca suku kata tertutup dengan lancar dan melengkapkan “Bunga Kata”.

Pengayaan:
Guru meminta murid membaca perkataan yang diberikan dan mewarnakan perkataan tersebut dalam teka silang kata.

Murid membaca suku kata tertutup dengan lancar dan melengkapkan “Bunga Kata”.


Murid membaca perkataan yang diberi dan mewarnakan perkataan tersebut dalam teka silang kata.

Permainan bahasa:
“Bunga Kata”
“Teka silang kata”


Lembaran kerja 4
Lembaran kerja 5



Refleksi : Seramai 22 daripada 25 orang murid telah dapat mengenal dan membaca perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata serta menyatakan erti perkataan yang  terdapat di dalam petikan dan menyalin semula erti perkataan tersebut ke dalam buku latihan.

No comments:

Post a Comment