SELAMAT MELAYARI BLOG AMBE

Sunday, 8 April 2012

KONGSI INFO ; TATABAHASA (Kata Adjektif / Sifat)

(sumber: www.tutor.com.my)
Golongan kata adjektif

Kata adjektif (KA) ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi (kata yang menjadi inti frasa digariskan di bawahnya).
Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar.
Kata adjektif boleh dibahagikan kepada sembilan subgolongan.

Jenis
Contoh
Sifat
Baik, cerdik, berani. Lemah, kukuh, kemas, kejap, secantik, terkuat
warna
Merah, jingga, ungu, putih, kuning langsat
ukuran
Pendek, panjang, tebal, nipis, dalam, besar, sebesar, terpanjang, ternipis
bentuk
Bulat, bujur, leper, empat segi, lonjong.
waktu
Lama, lambat, lewat, segera, suntuk, lampau, lalu, silam.
jarak
Dekat, hampir, jauh
cara
Selalu, jarang, kadang-kadang, kerap, lambat, deras, laju, jelas, muram, lincah.
Pancaindera
-          rasa
-          pandang
-          dengar
-          bau
-          sentuh
Sedap, lzat, manis,pahit, lemak, pedas, payau
Buruk, hodoh, jelita, cantik
Bising, senyap
Busuk, wangi, hangit, hapak
Kesat, kasar, lembab, halus, licin
Adjektif perasaan
Takut, seram, benci, rindu, marah, senang, gembira.
   
Tip
Kata adjektif dikenali jika kata berkenaan didahului atau diikuti oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar
Kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama.
 
Adjektif perasaan harus diikuti oleh kata sendi nama seperti akan, dengan, terhadap dan sebagainya.
Contoh:
Saya sangat segan dengan awak
Ahmad amat rindu akan kekasihnya di Indonesia
Orang kaya itu amat malu untuk meminta pertolongan mereka.
 
Contoh soalan latihan :
(sumber : http://pkgseriampang.org)
Klik di sini untuk soalan Kata Adjektif

KONGSI INFO ; TATABAHASA (Kata Pemeri)

Kata Pemeri

Kata pemeri bertugas merangkaikan frasa utama dalam predikat dengan frasa subjek.
Dalam bahasa Melayu, terdapat dua jenis kata pemeri, iaitu ialah dan adalah.


ialah adalah
Digunakan sebelum predikat untuk menandakan persamaan antara frasa subjek dean frasa utama dalam predikat. contoh: Tindakan kerajaan menetapkan mata wang ialah usaha melindungi ekonomi negara daripada serangan luar. Digunakan sebelum predikat sebagai huraian bagi frasa subjek. Frasa predikat biasanya menjawab soalan ``apakah''
Contoh: Makanan seimbang adalah makanan yang diambil secara sederhana serta pelbagai jenis.

Contoh soalan latihan :
(sumber : http://pkgseriampang.org)
Klik di sini untuk soalan latihan

Saturday, 7 April 2012

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

Jadual Penentu Kandungan

Mata Pelajaran            : Bahasa Melayu
Tahun                          : Tahun 6 Terbilang
Tajuk                           : Nilai Murni

Unit
Pengetahuan
Kemahiran
Fakta
Konsep
Generalisasi
Kognitif
Psikomotor
Sosial

Topik 1

Nilai-nilai Murni

Perincian nilai murni

Semua orang bertanggungjawab mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan.

Orang yang mengamalkan nilai murni dalam kehidupan seharian akan di pandang mulia.


Pengetahuan
Kefahaman


Persediaan
Pergerakan Mekanistik

Melibatkan diri
Berkomunikasi










RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh                                       :          04.04.2012
Masa                                       :          11.45 – 12.15 pagi
Kelas                                       :          6 Terbilang
Bilangan Murid                        :          10 orang
Mata Pelajaran                        :          Bahasa Malaysia
Tajuk Pengajaran                    :          Nilai Murni
Pengetahuan Sedia ada         :          Murid telah biasa mengamalkan nilai-nilai murni di rumah.
Konsep                                    :          Semua orang bertanggungjawab mengamalkan nilai-nilai                                                                murni dalam kehidupan seharian.                 
Fokus Utama                          :          7.1 Aras 2 (i) Menjelaskan maksud tersurat dan tersirat                                                                    berdasarkan bahan grafik dan bukan grafik.
Fokus Sampingan                    :          11.2 Aras 1 (ii) Menyatakan pendapat mengenai                                                                              penggunaan ayat yang menarik serta nilai dan pengajaran                                                               yang terdapat dalam karya yang dibaca.
Objektif Pengajaran                :          Pada akhir pengajaran, murid dapat:
i.              Menyenarai 17 nilai murni yang terdapat dalam sukatan pelajaran.
ii.             Membaca dan menyatakan nilai murni yang tersurat dan tersirat dalam petikan.
iii.            Menulis nilai dan pengajaran dalam buku tulis.

Isi Pelajaran                            :          1.         Menyebut nilai-nilai murni yang mereka nampak                                                                              dalam klik video
                                                            2.         Menyenarai 17 nilai murni yang terdapat dalam                                                                                sukatan pelajaran.
                                                            3.         Membaca dan menentukan nilai murni yang                                                                                     tersurat dan tersirat dalam petikan.
                                                            4.         Menulis nilai atau pengajaran dalam buku tulis.
                                                                       
Nilai Murni                               :          Tolong-menolong, bertanggungjawab, bekerjasama,
                                                            kerajinan,
Pengisian Kurikulum               :          i.          Ilmu :  Pendidikan Moral
ii.          KBT : Menjana Idea, Mengkategori
kemahiran menulis
Sistem Bahasa                        :           Membaca Teks          
Media                                      :          Klik Video dan Petikan
Bahan Rujukan                       :          Huraian Sukatan Pelajaran, Panduan Guru KSSR
                                                            Tahun Enam dan Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun
                                                            Enam.

Langkah/Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid

Set Induksi
(4 minit)

Tayangan video
Guru menayangkan klik video

.Murid menonton video yang ditayangkan
Klik video

Langkah 1
( 4 minit )

Nilai-nilai murni dalam klik video

Guru bersoaljawab dan berbincang tentang nilai yang terdapat dalam klik video

Murid menyenarai nilai-nilai yang terdapat dalam klik video secara individu


Kaedah: Soal jawab

Nilai:
Keberanian

Langkah 2
( 4 minit )

17 Nilai murni

Guru meminta murid menyebut 17 nilai murni yang terdapat dalam sukatan pelajaran
Berkonsepkan :

10K,2B, 2H, P,R,S




Murid menyebut 17 nilai murni yang terdapat dalam sukatan pelajaran secara individu dan kelas mengikut konsep:

10K,2B,2H,P,R,S



Powerpoint

Nilai:
Bekerjasama Keberanian


Ilmu: Sains

Langkah 3
( 6 minit )

 Nilai yang tersurat dan tersirat di dalam petikan.

1.Guru meminta murid membaca petikan secara individu dan kumpulan
2.Guru meminta murid menentukan dan membaca ayat di dalam petikan yang mengandungi nilai yang tersurat dan tersirat secara individu

3.Guru meminta murid menentukan nilai berdasar ayat yang dibaca dalam petikan


1.Murid membaca petikan  secara individu dan kumpulan

2.Murid menentukan dan membaca ayat yang mengandungi nilai yang tersurat dan tersirat di dalam petikan secara individu


3.Murid menentukan dan menyatakan nilai yang tersurat dan tersirat berdasar ayat yang dibaca dalam petikan


PowerPoint
Petikan


Kaedah: Perbincangan


Sistem bahasa: Sinonim

Langkah 4
( 5 minit )








 Nilai yang tersurat dan tersirat di dalam ayat yang diberi.







1.Guru meminta murid membaca ayat yang diberi secara individu

2.Guru meminta murid menyatakan nilai yang tersurat dan tersirat di dalam ayat yang dibaca secara individu dan kelas

1.Murid membaca ayat yang diberi secara individu

2.Murid menyatakan nilai yang tersurat dan tersirat di dalam ayat yang dibaca secara individu dan kelas

PowerPoint

Lembaran kerja 1

Langkah 5
( 4 minit )

Nilai atau pengajaran

Guru meminta murid menulis semula nilai atau pengajaran ke dalam buku latihan,

Murid menulis semula nilai atau pengajaran ke dalam buku latihan.


Penutup
( 3 minit )

Pemulihan dan pengayaan










Nyanyian

Pemulihan:
Guru meminta murid menentukan nilai murni berdasar ayat yang diberi

Pengayaan:
Guru meminta murid membina lima ayat berdasarkan nilai-nilai murni yang dipelajari.

Guru meminta murid menyanyi diiringi klik video secara kelas.


Murid menentukan nilai berdasar ayat yang dibaca.



Murid membina lima ayat berdasarkan nilai murni yang dipelajari.


Murid menyanyi mengikut klik video yang ditayangkan.


Lembaran kerja 2




Lembaran kerja 3



Klik video

Refleksi : Seramai 8 daripada 10 orang murid telah dapat mengetahui 17 nilai murni  yang terdapat dalam sukatan pelajaran serta dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.

MAKRO PENGAJARAN NILAI MURNI TAHUN 6

Sunday, 18 March 2012

Contoh Rancangan Pengajaran Tahun 1

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 1 (RPH 1)
Tarikh

:
19.04.2011
Masa

:
9.15 – 10.15 pagi
Kelas

:
1 Ibnu Sina
Bilangan Murid

:
25 orang
Mata Pelajaran

:
Bahasa Malaysia
Tajuk Pengajaran

:
Rumah Saya Bersih
Pengetahuan Sedia ada

:
Murid mengetahui cara-cara menjaga kebersihan rumah.
Konsep

:
Isi rumah bertanggungjawab menjaga kebersihan.
Fokus Utama
-  SK
:
2.2       Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul.

-  SP
:
2.2.1    Membaca dan memahami perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan bergabung dengan sebutan yang betul.
Fokus Sampingan
-  SK
:
3.2       Menulis secara mekanis berdasarkan bahan yang diberi dengan betul dan kemas.

-  SP
:
3.2.4    Menulis perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata diftong, vocal berganding, digraph dan konsonan bergabung dengan betul dan tulisan yang kemas.
Objektif Pengajaran

:
Pada akhir pengajaran, murid dapat:
i.        Membaca perkataan mengandungi dua atau tiga suku kata dengan sebutan yang betul.
ii.       Membaca dan menyatakan erti perkataan dengan betul.
iii.      Menulis perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata dengan betul dan tulisan yang kemas.
Isi Pelajaran

:
1.         Menyatakan cara-cara menjaga kebersihan rumah.
2.         Membaca suku kata terbuka dan tertutup.
3.         Menyatakan erti perkataan
4.         Menulis perkataan dengan tulisan yang betul dan kemas.
Nilai Murni

:
Tolong-menolong, bertanggungjawab, bekerjasama, kerajinan,
Pengisian Kurikulum

:
i.          Ilmu :  Kesihatan
ii.         KBT : Belajar cara belajar-bacaan intensif, kemahiran menulis

Sistem Bahasa

:
Tatabahasa - Sinonim, kata kerja.
Media

:
Petikan
Bahan Rujukan

:
Huraian Sukatan Pelajaran, Panduan Guru KSSR Tahun Satu dan Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun Satu

Langkah/Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid

Set Induksi


(5 minit)

Bersoal jawab mengenai

kebersihan rumah.
Guru meminta murid memberitahu keadaan

rumah yang bersih dengan rumah yang kotor

Murid memberitahu perbezaan antara

keadaan rumah yang bersih dengan rumah yang kotor.


Langkah 1
( 15 minit )

Suku kata terbuka dan tertutup

1.Guru mengedarkan petikan kepada semua murid.

1.Murid membaca petikan dan memberi penekanan kepada suku kata terbuka dan tertutup yang ada dalam petikan.


Lampiran 1
( Petikan )


Langkah 2
( 15 minit )

Cara-cara membantu ibu bapa di rumah.

1.Guru meminta murid membaca isi-isi petikan yang ditulis secara individu

2.Guru meminta murid menyatakan cara-cara mereka membantu ibu bapa di rumah.


1.Murid membaca isi-isi petikan yang ditulis oleh guru secara individu.

2.Murid memberitahu cara-cara mereka membantu ibu bapa di rumah.

Lampiran 1

Nilai:
Bekerjasama Kebersihan

Ilmu: Sains

Langkah 3
( 10 minit )

Menyatakan erti perkataan

1.Guru meminta murid membaca perkataan  secara individu
2.Guru meminta murid menyuaikan maksud perkataan yang dibaca tadi.

3.Guru meminta murid membaca semula perkataan yang telah disuaikan.


1.Murid membaca perkataan secara individu.
2.Murid menyuaikan maksud perkataan yang dibaca tadi.


3.Murid membaca
semula perkataan yang telah disuaikan


Lampiran 1
Lembaran kerja 1





Sistem bahasa: Sinonim

Langkah 4
( 10 minit )








Menulis perkataan dengan tulisan yang betul dan kemas.







1.Guru meminta murid menulis perkataan yang sesuai pada gambar.
2.Guru meminta murid membaca semula perkataan yang telah ditulis di dalam kotak yang telah disediakan.

1.Murid menulis perkataan yang sesuai pada gambar.

2.Murid membaca semula perkataan yang telah ditulis di dalam kotak yang telah disediakan.

Lembaran kerja 2

Penutup
( 5 minit )

Pemulihan dan pengayaan



Pemulihan:
Guru meminta murid membaca suku kata tertutup dengan lancar dan melengkapkan “Bunga Kata”.

Pengayaan:
Guru meminta murid membaca perkataan yang diberikan dan mewarnakan perkataan tersebut dalam teka silang kata.

Murid membaca suku kata tertutup dengan lancar dan melengkapkan “Bunga Kata”.


Murid membaca perkataan yang diberi dan mewarnakan perkataan tersebut dalam teka silang kata.

Permainan bahasa:
“Bunga Kata”
“Teka silang kata”


Lembaran kerja 4
Lembaran kerja 5



Refleksi : Seramai 22 daripada 25 orang murid telah dapat mengenal dan membaca perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata serta menyatakan erti perkataan yang  terdapat di dalam petikan dan menyalin semula erti perkataan tersebut ke dalam buku latihan.