SELAMAT MELAYARI BLOG AMBE
Saturday, 14 April 2012
Info Bahasa: Perbandingan Tatabahasa Melayu
http://www.scribd.com/doc/21789264/Perbandingan-Tatabahasa-Melayu-HBML-4803
Sila klik link di atas untuk mengetahui Perbandingan Tatabahasa Melayu.
Sila klik link di atas untuk mengetahui Perbandingan Tatabahasa Melayu.
Sunday, 8 April 2012
KONGSI INFO ; TATABAHASA (Kata Adjektif / Sifat)
(sumber: www.tutor.com.my)
Golongan kata adjektif
Kata adjektif (KA) ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi (kata yang menjadi inti frasa digariskan di bawahnya).
Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar.
Kata adjektif boleh dibahagikan kepada sembilan subgolongan.Jenis | Contoh |
Sifat | Baik, cerdik, berani. Lemah, kukuh, kemas, kejap, secantik, terkuat |
warna | Merah, jingga, ungu, putih, kuning langsat |
ukuran | Pendek, panjang, tebal, nipis, dalam, besar, sebesar, terpanjang, ternipis |
bentuk | Bulat, bujur, leper, empat segi, lonjong. |
waktu | Lama, lambat, lewat, segera, suntuk, lampau, lalu, silam. |
jarak | Dekat, hampir, jauh |
cara | Selalu, jarang, kadang-kadang, kerap, lambat, deras, laju, jelas, muram, lincah. |
Pancaindera - rasa - pandang - dengar - bau - sentuh | Sedap, lzat, manis,pahit, lemak, pedas, payau Buruk, hodoh, jelita, cantik Bising, senyap Busuk, wangi, hangit, hapak Kesat, kasar, lembab, halus, licin |
Adjektif perasaan | Takut, seram, benci, rindu, marah, senang, gembira. |
Tip | ||
Kata adjektif dikenali jika kata berkenaan didahului atau diikuti oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar | Kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. | Adjektif perasaan harus diikuti oleh kata sendi nama seperti akan, dengan, terhadap dan sebagainya. Contoh: Saya sangat segan dengan awak Ahmad amat rindu akan kekasihnya di Indonesia Orang kaya itu amat malu untuk meminta pertolongan mereka. |
Contoh soalan latihan :
(sumber : http://pkgseriampang.org)
Klik di sini untuk soalan Kata Adjektif
KONGSI INFO ; TATABAHASA (Kata Pemeri)
Kata Pemeri
Dalam bahasa Melayu, terdapat dua jenis kata pemeri, iaitu ialah dan adalah.
| ialah | adalah |
| Digunakan sebelum predikat untuk menandakan persamaan antara frasa subjek dean frasa utama dalam predikat. contoh: Tindakan kerajaan menetapkan mata wang ialah usaha melindungi ekonomi negara daripada serangan luar. | Digunakan sebelum predikat sebagai huraian bagi frasa subjek. Frasa predikat biasanya menjawab soalan ``apakah'' Contoh: Makanan seimbang adalah makanan yang diambil secara sederhana serta pelbagai jenis. |
Contoh soalan latihan :
(sumber : http://pkgseriampang.org)
Klik di sini untuk soalan latihan
Saturday, 7 April 2012
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU
Jadual Penentu Kandungan
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : Tahun 6 Terbilang
Tajuk : Nilai Murni
Unit | Pengetahuan | Kemahiran | ||||
Fakta | Konsep | Generalisasi | Kognitif | Psikomotor | Sosial | |
Topik 1 Nilai-nilai Murni | Perincian nilai murni | Semua orang bertanggungjawab mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. | Orang yang mengamalkan nilai murni dalam kehidupan seharian akan di pandang mulia. | Pengetahuan Kefahaman | Persediaan Pergerakan Mekanistik | Melibatkan diri Berkomunikasi |
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Tarikh : 04.04.2012
Masa : 11.45 – 12.15 pagi
Kelas : 6 Terbilang
Bilangan Murid : 10 orang
Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia
Tajuk Pengajaran : Nilai Murni
Pengetahuan Sedia ada : Murid telah biasa mengamalkan nilai-nilai murni di rumah.
Konsep : Semua orang bertanggungjawab mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
Fokus Utama : 7.1 Aras 2 (i) Menjelaskan maksud tersurat dan tersirat berdasarkan bahan grafik dan bukan grafik.
Fokus Sampingan : 11.2 Aras 1 (ii) Menyatakan pendapat mengenai penggunaan ayat yang menarik serta nilai dan pengajaran yang terdapat dalam karya yang dibaca.
Objektif Pengajaran : Pada akhir pengajaran, murid dapat:
i. Menyenarai 17 nilai murni yang terdapat dalam sukatan pelajaran.
ii. Membaca dan menyatakan nilai murni yang tersurat dan tersirat dalam petikan.
iii. Menulis nilai dan pengajaran dalam buku tulis.
Isi Pelajaran : 1. Menyebut nilai-nilai murni yang mereka nampak dalam klik video
2. Menyenarai 17 nilai murni yang terdapat dalam sukatan pelajaran.
3. Membaca dan menentukan nilai murni yang tersurat dan tersirat dalam petikan.
4. Menulis nilai atau pengajaran dalam buku tulis.
Nilai Murni : Tolong-menolong, bertanggungjawab, bekerjasama,
kerajinan,
Pengisian Kurikulum : i. Ilmu : Pendidikan Moral
ii. KBT : Menjana Idea, Mengkategori
kemahiran menulis
Sistem Bahasa : Membaca Teks
Media : Klik Video dan Petikan
Bahan Rujukan : Huraian Sukatan Pelajaran, Panduan Guru KSSR
Tahun Enam dan Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun
Enam.
Langkah/Masa | Isi Pelajaran | Aktiviti Pengajaran Pembelajaran | Catatan | |
Aktiviti Guru | Aktiviti Murid | |||
Set Induksi (4 minit) | Tayangan video | Guru menayangkan klik video | .Murid menonton video yang ditayangkan | Klik video |
Langkah 1 ( 4 minit ) | Nilai-nilai murni dalam klik video | Guru bersoaljawab dan berbincang tentang nilai yang terdapat dalam klik video | Murid menyenarai nilai-nilai yang terdapat dalam klik video secara individu | Kaedah: Soal jawab Nilai: Keberanian |
Langkah 2 ( 4 minit ) | 17 Nilai murni | Guru meminta murid menyebut 17 nilai murni yang terdapat dalam sukatan pelajaran Berkonsepkan : 10K,2B, 2H, P,R,S | Murid menyebut 17 nilai murni yang terdapat dalam sukatan pelajaran secara individu dan kelas mengikut konsep: 10K,2B,2H,P,R,S | Powerpoint Nilai: Bekerjasama Keberanian Ilmu: Sains |
Langkah 3 ( 6 minit ) | Nilai yang tersurat dan tersirat di dalam petikan. | 1.Guru meminta murid membaca petikan secara individu dan kumpulan 2.Guru meminta murid menentukan dan membaca ayat di dalam petikan yang mengandungi nilai yang tersurat dan tersirat secara individu 3.Guru meminta murid menentukan nilai berdasar ayat yang dibaca dalam petikan | 1.Murid membaca petikan secara individu dan kumpulan 2.Murid menentukan dan membaca ayat yang mengandungi nilai yang tersurat dan tersirat di dalam petikan secara individu 3.Murid menentukan dan menyatakan nilai yang tersurat dan tersirat berdasar ayat yang dibaca dalam petikan | PowerPoint Petikan Kaedah: Perbincangan Sistem bahasa: Sinonim |
Langkah 4 ( 5 minit ) | Nilai yang tersurat dan tersirat di dalam ayat yang diberi. | 1.Guru meminta murid membaca ayat yang diberi secara individu 2.Guru meminta murid menyatakan nilai yang tersurat dan tersirat di dalam ayat yang dibaca secara individu dan kelas | 1.Murid membaca ayat yang diberi secara individu 2.Murid menyatakan nilai yang tersurat dan tersirat di dalam ayat yang dibaca secara individu dan kelas | PowerPoint Lembaran kerja 1 |
Langkah 5 ( 4 minit ) | Nilai atau pengajaran | Guru meminta murid menulis semula nilai atau pengajaran ke dalam buku latihan, | Murid menulis semula nilai atau pengajaran ke dalam buku latihan. | |
Penutup ( 3 minit ) | Pemulihan dan pengayaan Nyanyian | Pemulihan: Guru meminta murid menentukan nilai murni berdasar ayat yang diberi Pengayaan: Guru meminta murid membina lima ayat berdasarkan nilai-nilai murni yang dipelajari. Guru meminta murid menyanyi diiringi klik video secara kelas. | Murid menentukan nilai berdasar ayat yang dibaca. Murid membina lima ayat berdasarkan nilai murni yang dipelajari. Murid menyanyi mengikut klik video yang ditayangkan. | Lembaran kerja 2 Lembaran kerja 3 Klik video |
Refleksi : Seramai 8 daripada 10 orang murid telah dapat mengetahui 17 nilai murni yang terdapat dalam sukatan pelajaran serta dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.
Wednesday, 21 March 2012
Subscribe to:
Comments (Atom)